Friday, April 03, 2009

Nampak??


Nampak?

Lift di aras lantai rumah aku ada 5 biji, sebab block aku ni berbentuk ‘J’. 2 lift (C & D) terletak betul betul di sebelah bilik tidur aku and abang, jadi kalau waktu malam, aku boleh mendengar bunyi enjin lift itu bergerak turun-naik, seperti bunyi kapal terbang di lapangan terbang Changi. Mula mula, kuat... kemudian bertambah sayup, kemudian kuat semula. Aku dah lali dah dengan bunyi lift ni, sampai dah tak dengar lagi dah. Melainkan aku yang nak dengar.

Dua lagi lift (A & B), terletak kat the other wing of the block, satu lagi kat hujung menghala ke arah Jurong West. Lift yang hujung ni besar sedikit dari yang lain lain, sebab lift ni, lift baru yang di tambah HDB bila mereka buat kerja ‘upgrading’ dulu... Yang empat lain nya adalah lift lama, cuma di refurbished sahaja.

Ada satu malam tu, baru sahaja lepas maghrib. Aku dan Jazz hendak keluar, lupa pulak nak kemana. Oleh kerana kami hendak menaiki taxi di Corporation Road menghala ke PIE, kami pun decided to take the lift at the corner.

Corridor rumah aku ni sempit, di tambah pulak dengan tanam-tanaman pokok bunga jiran jiran aku, tak lupa jugak basikal basikal yang di kunci di saluran pipe air. Jadi jalan yang sempit bertambah sempit. Bila sampai di tempat pokok bunga, cuma seorang saja yang boleh lalu. Tapi tak kisah lah, jiran jiran aku ni semua baik baik belaka. Tak kepoh atau busybody macam hamlau.

Sedang kami berjalan, ada pulak seorang makcik ni, dari arah lift, hendak lalu ke arah rumah aku. Jadi kami bertembung di rumah grandpa nya Robert, yang banyak pokok bunga. Dari jauh lagi aku lihat makcik ni macam tak tentu arah, macam resah, tersekat sekat langkah dia. Ada jugak aku rasa macam dia nak terjun kebawah, sebab cara dia ter-agak-agak itu seperti orang ketakutan. Aku rasa mungkin dia tak tau samada dia nak jalan dulu, atau nak beri kita laluan untok jalan dulu.

Bila aku nampak dia teragak-agak, aku pun menyapa “Baru balik Cik?” Sebab aku ingat dia jiran aku yang ada anak bujang yang kureng sikit belah atas tu.

Dia bertambah resah aku tengok. Dia cuma anggok anggok kepala dan senyum saja. Aku pun, senyum balik sambil membongkokkan badan sedikit, tanda hormat aku nak lalu depan dia. Baru aku perasan, makcik ni aku tak pernah nampak, muka makcik tu pun aku tengok malap aja, tapi aku tak pulak curiga, sebab jiran aku yang tinggal di depan lift hujung tu, dengar nya ‘tukang ubat’. Selalu ramai orang kerumah nya, berubat. Jadi aku ingat makcik ni pun dari rumah dukun tu.

Tapi yang heran nya, mata dia tak tengok aku. Dia tunduk jer, sambil menjeling ke arah Jazz yang berjalan di belakang aku..

Bila kami dah lepas dari laluan makcik tu, Jazz tanya aku “Ma, nampak?”
Aku : “Nampak apa? Mana?” sambil aku toleh ke kiri ke kanan mencari cari benda yang sepatutnya aku nampak..
Jazz : “Tadi tu, makcik tu. Nampak?”
Aku : “Mak Cik tu nampak laaah. Takkan tak nampak pulak. Kan tadi dia kasi kita lalu”
Jazz : “Yang duduk kat atas bahu dia tu, nampak?”
Aku : “Hah? Apa duduk kat atas bahu dia? Mana ada? Mama tak nampak!”
Jazz : “Ada setan duduk atas bahu dia. Bila dia terserempak kita, dia tak tentu arah. Kuat setan tu peluk kepala Mak Cik tu. Any tighter mati makcik tu tercekik. Mata dia merah, beliak”
Aku : “Eh, ye ke? Alamak… kalau bende bende macam ni, jangan bagi tau laaaa”

Patutlah makcik tu tadi aku rasa macam nak terjun jer, dan tunduk semacam jer. Berat kepala dia rupa nya. Baru aku perasan yang pintu rumah jiran aku yang tukang ubat tu, tertutup rapat.

Jazz toleh ke belakang ke arah corridor untok mencari makcik tadi tu, aku pun buat sama, tapi makcik tu dah tak de. Takkan beberapa minit jer dia dah sampai ke hujung sana. Mana pulak dia pergi. Aku pulak jadi takut, sebab rumah aku arah tuuuuu…..

No comments:

Post a Comment