My first job was as a packer with Sugar Industry of Singapore. Everyday aku mandi gula, walaupun aku ni dah manis, bertambah tambah manis bila kerja di kilang gula ni. Cewah!
Time tu aku baru saja lepas sekolah. Semalam last day of school, hari ni aku dah start kerja dengan tiga lagi classmate aku, Jamilah H, Juriah and Rubiah. Punya lah kancheong. Sekolah antar aku trial 3 months kat National Junior College, aku tak pergi, sankeng nak sangat pegang duit sendiri. Sementara tunggu result O level, baik kerja. Nanti kalau dah dapat result boleh lah sambung sekolah. Itu kata aku...
So, kerja sebagai packer at Sugar Industry ni best jugak. Kerja senang, gosok plastic pembungkus cube sugar. Ambil sehelai plastic, bungkus kotak cube sugar yang dah di isi, lepastu gosok dengan sterika, biar plastic tu melekat. Itu lah pertama kali aku bercampur dengan makcik makcik kilang. Selama aku sekolah perbualan aku selalu nya mengenai buku teks, homeworks, dan sebagai nya. Bila dah masuk kilang ni, hah engkau... makcik makcik berbual lucah sangat! Tak pernah terlintas kat kepala hotak aku ni nak sebut perkataan perkataan yang di sebut makcik makcik ni. Aku rasa kalau aku sebut depan mak aku, gerenti dia kena sakit jantung. Terkejut berok aku dengar makcik makcik berbual. Tak boleh tertelan rasa nya air lioq. Seminggu aku demam disebabkan aku dengar makcik makcik ni punya perkataan.... fuyooh, luar dalam semua keluar. Betul betul punya terperanjat. Kalau buat video perbualan makcik makcik ni, dah boleh dicategorise filem porno. Ceh!
Bila result O level dapat, aku tak sambung sekolah, kerana sebab musibat tertentu. Walaupun aku dah register and bayar registration fee. Aku sambung jer kerja kat Sugar Industry. Anyway, bila aku dah kerja dalam 5 bulan, tup tup, orang HR suruh aku gi office, and they offered me Receptionist position. Entah apasal aku pun tak tau. Menurut HR Manager, dorang selalu perhatikan aku tiap pagi, and they liked what they saw. he he he. Rezki aku lah tu. Aku pun apa lagi, grabbed lah. Dari dok pack gula, baik lah aku angkat tipon. Kawan aku yang lain pun heran. So, sejak hari tu, kerja aku angkat tipon and said "Sugar, how may I help you?" Tapi selalu nya aku sebut "Sugar..." aja. Yang heran nya, pasal cara aku angkat tipon pun, sampai ada orang yang talipon, offer aku kerja kat company dia. Aper baraaaangggg....
Bila aku dah kerja reception selama enam bulan, Boss aku Anthony Charles offered aku position sebagai Confidential Clerk in the HR Department. Eh, betul betul punya rezeki aku ni. Bukan nya aku apply, dorang ni main offer jer, takkan aku nak tolak pulak. So aku recommend kawan aku Allahyarhamha Hamidah S untok mengambil alih tempat aku sebagai receptionist. Time tu Hamidah belum arwah laaa.... aperkersajer korang ni.
Kat opis Sugar Industry ni, ada satu apek, nama dia Yong Soi. Yong Soi ni kerja dia macam office boy. Tapi dia dah tua, dah bukan kira 'boy' lagi. Kerja dia ambil surat dari Jeanie, secretary Tan Puay Hee, our managing director, dan hantar ke respective departments.
Yong Soi ni, tidor di office. Dia balik rumah cuma pada hujung minggu aja. Dengar cerita rumah dia rumah terrace, landed property. Mungkin kerana rumah dia jauh, dan dia sudah tua, jadi dia tinggal di office Sugar. Aku tak pernah tanya sesiapa pun kat mana dia tidur, or macam mana dia tidur.
Satu pagi tu, aku sampai office awal. Nak masuk office HR, kena lintas lecture room. Bila aku buka lecture room, aku nampak Yong Soi tidur di atas meja, beralaskan tilam tipis. Baru aku tau, macam tu rupanya dia tidur. Tapi aku heran, apasal si Yong Soi ni tak bangun bangun, matahari dah keluar dah. Waktu tu, jam dah pukul 8.15 pagi, dah terang sangat. Selepas aku letak beg di meja aku, aku keluar semula untok ke ruang receptionist untok on kan PABX system. Aku jenguk si Yong Soi, aku tengok lenyak betul dia tidur, dengan bibir dia terjuir macam selalu. Aku panggil dia, "Yong Soi, Yong Soi, wake up, morning already". Yong Soi masih tak bergerak dari tilam dia. Lalu aku goyang badan dia sikit. Masih jugak tak bergerak.
Tau apa? Yong Soi sebenarnya dah mati. Dah tak bernyawa. Dia mati dalam tidur. Atas meja dalam lecture room. Macam nak pitam rasa nya. Terus aku beritau Hamidah yang baru sampai. Kecuh sekejap office pagi pagi tu. Polis, ambulance semua sampai. Anak anak Yong Soi pun sampai, tapi yang heran nya, mereka tak pulak pergi jengok bapak dia kat atas meja tu.
Jeanie pulak, terus jumpa anak dia, bayar hutang. Kelakar seh... dia kata dia ada hutang duit surat khabar kat Yong Soi.
Tulah eh, nyawa ni, bukan saja dalam tidur boleh di ambil, baring atas meja pun boleh juga kalau dah sampai ajal.
Jadi, tak kira lah kita ni sihat ke, sakit chronic ke, muda ke, tua ke, bila waktu kita dah sampai, ajal tak boleh di tepis.
Makan Rojak pun boleh meninggal, Inna Lillahi, Wa inna Illaihi Raji'un. Semoga roh si mati di rahmati Allah dan di tempatkan di antara orang orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment