Tajuk cerita : Pak Omar Mati Beragan.
Cerita ni, Jazz yang ceritakan waktu mula mula kita kenal. Dalam taxi. Bukan aku saja yang ternganga, tapi Pak Cik taxi pun senyap mendengar cerita Jazz. Mana taknya, penuh dengan animation. Bila turun dari taxi, Pak Cik taxi tu, berterima kasih kat Jazz. Aku pun terpinga pinga, apa hal ni.
"Terima kasih. Rezeki saya hari ni awak naik taxi saya, banyak menafaatnya cerita awak tadi tu. Untung saya."
Aku masih terpinga pinga.
Menurut Jazz cerita ni, dia tengok kat DVD, tapi bila aku tanya sana sini, jenguk jenguk kat pasar malam tak pernah pulak aku jumpa. Jadi sesiapa yang tau kat mana aku boleh dapat DVD ni, tolong kasi tau.
Kisah berlaku di sebuah desa di Indonesia. Penduduk desa ni semua hidup aman makmur, tidak miskin dan tidak juga kaya, sederhana saja.
Ada satu orang tua ni, di kenal sebagai Pak Omar. Pak Omar ni, bekerja shift malam, dan sebelum subuh baru dia balik rumah. Dalam perjalanan pulang, sambil mendorong basikal tua, dia akan ketuk pagar pagar rumah penduduk kampong dengan tongkatnya, "gedek-gedek-gedek-gedek" (ni animation sikit, sound effect tongkat pukul pagar-pagar) sambil berkata :
"Rahman, bangun Man. Bukankah solat itu lebih baik dari tidur."
"Assalatu khayrum minan naum . Latif, bangun Tif, solat subuh. Bukankah solat itu lebih mulia dari tidur."
Lalu penduduk desa pun bangun, dan isteri isteri mereka pun mengejutkan suami suami mereka bangun dari tidur "Mas, bangun Mas. Itu Pak Omar sudah pulang. Sudah subuh."
Begitulah tiap tiap pagi, Pak Omar mengejutkan penduduk desa untok bangun dari tidur untuk bersolat. Jadi, desa itu tidak perlu Azan subuh, kerana Pak Omar sentiasa melakukan tanggung jawap nya sebagai seorang muslim. Lebih 30 tahun Pak Omar berbuat demikian. Sudah menjadi kebiasaan, dan penduduk desa sudah sebati dengan tabiat Pak Omar.
Pada satu pagi tu, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, musibah menimpa Pak Omar. Dia dilanggar mobil (ketabrak, kata orang Indonesia) dan meninggal dunia.
Penduduk desa dengan perasaan sedih dan sayu, menyelenggarakan jenazah Pak Omar. Selepas jenazah dikafan dan ketika dibacakan yassin dan tahlil, tiba tiba, jenazah Pak Omar bergerak lalu bangun. Bertempiaran lagi penduduk desa. Yang tinggal cuma Pak Imam yang tergamam dan ketakutan. Diberanikan diri bertanya pada Pak Omar.
"Omar, apa kamu masih hidup Omar? Kan kamu sudah mati ketabrak mobil?" Tanya Pak Imam gugup.
"Apa aku sudah mati, Pak Imam?" Tanya Pak Omar, dan terus hilang dari pandangan.
Lalu hebuh sekampung dengan berita "Pak Omar, mati hidup kembali."
Keesokan pagi nya, sejurus sebelum subuh, terdengar lagi dipagar pagar "gedek-gedek-gedek-gedek". Bunyi tongkat Pak Omar memukul pagar pagar penduduk desa. Terlihat kelibat Pak Omar mendorong basikat tuanya seperti biasa mengejutkan mereka untok solat subuh.
"Rahman, bangun Man. Kan solat itu lebih baik dari tidur"
"Latip, bangun Tip. Sudah masuk subuh.
Assalatu khayrum minan naum "
"Mas, bangun mas, sudah masuk waktu subuh. Itu Pak Omar sudah pulang"
"Pak Omar?? Kan Pak Omar sudah mati??"
"Lhoh! Waduh... iya... Pak Omar kan sudah meninggal!!"
Riuh sekampung tentang Pak Omar yang masih mengejutkan mereka, walaupun Pak Omar sudah mati. Dengan kehendak Allah, tubuh Pak Omar yang hidup kedua kali nya itu, busuk, seperti bau bangkai. Mata Pak Omar tidak bersinar, malah pandangan nya kelihatan kosong. Tapi dia tetap melakukan tanggung jawap untuk dimengejutkan penduduk mengerjakan solat. Tiap subuh Pak Omar tetap berbuat seperti kebiasaannya.
Penduduk desa tidak karuan, dan tidak tahan dengan bau busuk Pak Omar, sehingga ada yang berkata, mayat Pak Omar tidak diterima bumi, maka itu dia berbau sedemikian. Ada yang memanggil Pak Omar 'hantu'.
Lalu penduduk desa sepakat untok menangkap "hantu" Pak Omar. Bila terlihat Pak Omar, mereka terus mengejar. Pak Omar tidak ada pilihan lain, terus lari, sambil bertanya "Apa salah aku? Apa salah aku? kenapa kamu semua mengejar aku?" Tiba di masjid, terus Pak Omar lari masuk kedalam masjid.
Penduduk desa berteriak teriak, "Bakar masjid, bakar! Bakar!"
Dalam keriuhan itu, Pak Imam pun keluar sambil bertanya,
"Kenapa ini? Ada apa?"
"Itu setan Pak Omar, lari masuk ka masjid, kita bakar saja masjid itu Pak Imam!"
"Bakar masjid ! bakar masjid! Bakar masjid!"
"Astaghafirullah hal’azim. Itu kan rumah Allah. Kenapa kamu semua mahu membakar rumah Allah? Mana ada setan yang lari masuk kadalam masjid, setan !" kata Pak Imam.
(iyer tak yer jugak eh... Setan mana masuk mesjid. Orang dirikan masjid, tetiba orang sibuk nak bakar masjid)
"Tunggu sini ! biar aku masuk dan bawa Omar keluar" kata Pak Imam lagi.
Bila Pak Imam masuk masjid, Pak Omar sudah tidak ada.
Setelah kejadian itu berlaku, penduduk desa semakin galak mahu menangkap 'hantu' Pak Omar. Tapi setiap pagi jugak, Pak Omar tetap melakukan tanggung jawap nya mengejutkan penduduk desa untuk bersolat subuh.
Bia penduduk kampong sudah tidak tahan dengan bau busuk Pak Omar mereka berbincang dan akhirnya Pak Imam bersetuju untuk bersemuka dengan Pak Omar.
Satu pagi tu, Pak Imam dan Bilal desa, menunggu Pak Omar di tempat laluan Pak Omar setiap pagi. Tiba tiba, mereka terlihat Pak Omar sedang mendorong basikat tua nya. Lalu dengan gugup dan perasaan yang gementar, Pak Imam memberi salam,
"Assalamu 'alaikum Omar."
"Waalaikum salam, Pak Imam" jawap pak Omar.
"Omar, kamu ini kan sudah mati. Pulang lah ke alam kamu. Ini bukan alam kamu lagi"
"Tapi Pak Imam, siapa yang akan mengejutkan mereka kalau bukan saya Pak?"
"Omar, tanggung jawap kamu di dunia sudah selesai. Tempat kamu di alam lain. Pulang lah Omar. Jangan kamu soalkan tanggung jawap didunia ini lagi. Bawalah amalan baik kamu ini sebagai bekal kamu di alam kamu yang baru"
Termenung Pak Omar sekejap. Sambil dia merenung mata Pak Imam dengan pandangan yang menggerunkan, dia bertanya :
"Apa benar saya sudah mati Pak Imam?"
"Benar Omar, kamu sudah mati."
"Apa betul saya sudah mati Pak Imam?"
"Betul Omar, kamu sememangnya sudah mati"
"Apa benar saya sudah mati Pak Imam?"
"Memang benar Omar, kamu sudah mati. Sekarang kamu pulanglah"
Dengan tiga jawapan Pak Imam itu, Pak Omar pun memberi salam "Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabaratuh" dan terus hilang dari pandangan, ghaib. Tinggal basikal tua Pak Omar di tepi pagar.
"Waalaikum salam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah. Inna lillahi wa inna illaihi rajiun"
Dan amanlah desa itu. Tiada lagi bau busuk Pak Omar. Tapi bila ada penduduk desa yang leka dan lampu rumah tidak terang pada waktu subuh, akan kedengaran bunyi "gedek-gedek-gedek-gedek" di pagar pagar mereka, menandakan walaupun dalam matinya, amalan Pak Omar masih lagi diantara mereka.
Selesai lah cerita : Pak Omar Mati Beragan.
Moral of the story :
Setiap jasa baik dan bakti kita, walaupun bertahun kita buat, tidak akan dihargai. Zahir kita sahaja yang dinilai. Hati budi kita yang tidak dapat dilihat, tidak dikira. Manusia menilai seseorang dengan pandangan mata kasar. Dengan ‘andaian’, dengan teka teki mereka sendiri.
Yang penting, hilangkan niat hendak meruntuhkan masjid. Itu kan rumah Allah.
Yang nak meruntuhkan masjid tu kan kerja syaitan. SETAN!
No comments:
Post a Comment