Cerita Aku
Dulu tu, masa kecik kecik, aku di pelihara oleh Arwah Nenek aku.
Arwah Nenek aku ni, istimewa orang nya. Selain dari pandai mengurut orang lepas bersalin, Arwah Nenek juga di beri kepercayaan oleh orang kampong untok menyambut kelahiran bayi2 mereka kalau mereka tak sempat untok ke hospital.
Arwah nya juga punya kepandaian mengubati anak anak kecil yang kembung perut, demam, sawan dan macam macam lagi. Kalau kene gigit nyamuk tu, kira 'ciken' jer. Tapi, Arwah Nenek aku ni bukan lah seorang bomoh ataupun seorang dukun. Dia tolong orang dengan suka rela, tak mintak habuan or tak mintak pengeras. Tolong dengan ikhlas. Arwah Nenek aku ni, memang suka tolong orang, kadang kadang makcik makcik kampong, nak gi dentist pun suruh Arwah Nenek aku ni temankan. Walhal, Arwahnya bukan nya tau cakap omputih, bahasa melayu pun dia refused to speak. Dia bantai cakap Bawean jer. Paham tak paham ko punya pasal lah doctor. Tapi heran nya, doctor doctor zaman dulu, bahasa apa pun dorang paham... Or ... dorang buat buat paham, padahal dorang malas nak layan.
Seingat ingat aku lah... dari aku mula pandai berpikir, Arwah Nenek aku ni, tiap Jumaat, pergi ziarah kubur Arwah suami dia, maknanya, Arwah Atok or PakTua akulah. Tiap tiap Jumaat tu jugak lah, Arwah Nenek aku heret aku gi kubur. Kalau aku sekolah pagi, dia ajak pergi petang, kalau aku sekolah petang, dia ajak aku pergi pagi. Tak pernah missed. Hujan dia bawak payung, taim panas dia berselendang aja, sambil bawak botol air. Arwah Nenek aku ni pandai mengaji, tak tengok Quran pun dia boleh ngaji. Aku ingat lagi, bila ziarah kubur tu, Arwah Nenek selalu pesan, nak masuk kawasan kubur kena beri salam... kalau tak beri salam, ahli kubur nanti ingat kita ni 'patek' (anjing). So kena lah beri salam. Kadang kadang tu, bila dah beri salam, and jalan hati hati biar tak terpijak kubur yang tak teratur tu... aku akan cakap "Ahli kubur, ini Noi, bukan anjing tau... takkan tak kenal dah selalu datang ...ni tumpang lalu" hehehe... Arwah Nenek dengar, dia senyum aja...
Bila kat kubur tu, lepas baca doa, alfatihah, yassin dan sebagainya, Arwah Nenek akan pegang nisan di sebelah kepala dan cerita apa yang terjadi pada hari hari sebelumnya kat Arwah PakTua aku sambil dia curah air yang di bawa dalam botol kaca. Dia cerita lah yang semalam Osman pergi pancing dapat ikan, dia cerita Maryam balik malam dari kerja kat Sigma. Dia cerita, Nor ni semalam malam kencing atas katil lagi...Ish... Nenek ni...yang tu toksah lah cerita.
Bila dia tengok aku muncung muka, dia pun bukak cerita pasal Arwah Paktua aku. Masa Arwah PakTua aku meninggal, dia sedih sangat. Maklum lah, saper tak sedih, suami meninggal. Lepas 7 hari PakTua aku meninggal, aku pun dilahirkan. Oleh kerana rasa rindu dan rasa sepi kehilangan suami, Arwah Nenek ambil aku untok di jaga, just to have someone to remind her of her late husband. So Arwah Nenek selalu cakap, "Senang nak ingat bila Arwah Pakwa meninggal, ikut umur Nur aja". Dia cakap dalam bahasa Bawean lah ni. Aku pun, sedih jugak, tapi kembang kuncup jugak laah, sebab Arwah Nenek mengingati kasih sayang Arwah suami dia melalui aku. Tiap tiap Jumaat dia ingatkan aku pasal ni.
Best tau jadi cucu Arwah Nenek aku. Dia tak pernah marah. Jangan kata pukul, jentik pun tak pernah. Dia pesan, kalau nak cakap dengan orang mesti lembut, jangan marah marah. Dia pesan lagi, biar aja orang buat kita, jangan kita buat orang.
Satu hari tu, aku rasa dalam umur aku early twenties, Oberk Pek, (dah Arwah jugak ni - alfatiha), Kakak Mak aku yang nama betul dia Sapiah, tapi biasa lah orang Bawean ni, nama cantik cantik di short kan dari Sapiah jadi Pekpek. Entah macam mana, timbul cerita pasal aku di jaga Arwah Nenek. Arwah Oberk aku cerita, taim Arwah PakTua aku meninggal, Mak aku tungkus lumus kerja, buat itu buat ini, pasal kenduri. Angkat barang sana, angkat barang sini. Pada kenduri 7 hari, mak aku sakit perut...terus tumpah darah. Berketul ketul darah keluar, hidup hidup kata Arwah Oberk Pek, dekat 2 baldi penuh. Aku tak tau lah darah hidup tu cam mana. Ish...ngeri jugak tu...jangan main main, dua baldi darah. Taim tumpah darah tu jugak lah, aku dilahirkan. Oleh sebab tak cukup bulan, aku ni kecik jer, ada lah sebesar tapak tangan. Tapak kaki aku adalah sebesar hujung ibu jari jer... ish tu dah kira kecik sangat tu.
Lepastu, Mak aku sakit, tak boleh bangun. Mana tak nya, kita derma darah satu Pint aja dah mabuk, ini kan pulak 2 baldi. Bila Arwah Nenek tengok keadaan Mak aku tu lah yang dia 'nastabe', perasaan kesian dan kasih timbul. Dia pun ambil aku untuk di jaga, mengenangkan aku ni terlalu lah kecik. Dia takut Mak aku tak larat and tak tau nak buat macam mana. So, itu pasal lah dalam surat beranak aku tulis - place of birth - 22D Clementi Estate. Adik beradik aku yang lain kencang kencang... di lahirkan kat Hospital Alexandra...Hospital sojar, pasal Bapak aku bekas British Army.
Dari cerita tu, baru lah aku tau kenapa aku di jaga Arwah Nenek. Kira cerita Arwah Nenek nak mengingati Arwah suami dia tu secara kebetulan aja lah. Tapi kira orait jugak lah cerita tu. Begitu halus nya sikap Arwah Nenek aku. Dia tak nak aku rasa bersalah sebab masa aku lahir tu Mak aku sakit teruk, dia buat cerita pasal kasih sayang dia pada Arwah suami dia. Itu lah kelebihan kasih sayang seorang Nenek. Dia tak nak cucu dia susah hati.
Kat kampong tu, aku ni bukan lah terror sangat, tapi kawan kawan semua lelaki. Tau lah, budak budak kampong, kalau main gerenti lasak. Masuk hutan keluar hutan, mandi sungai tak kira masa, air pasang jer dari tingkap pun boleh terjun. Air tak pasang sangat pun mandi jugak, tak kira laaah...lumpur ker, najis ker yang timbul, yang pasti, mesti nak mandi. Ada satu relong tu kat tanah tambak, kita boleh berenang from one end to the other, walaupun relong tu penuh air, takde tempat berhenti bernapas... nekat jer berenang. Itu baru di panggil Fear Factor. Kalau terpijak teritip (barnacle) pun tak kisah. Kalau tak sekolah, pagi aku keluar, petang baru aku balik. Kalau ular tu, dah jadi permainan aku. Tak kisah kecik besar, yang bunting pun aku berani potong perut saja nak tengok apa kat dalam. Tu kalau SPCA tau, dah tentu aku kena saman.
Kalau taim makan tengahari, Arwah Nenek pekik "Nuuuuurrrrrr... moleh...enjuk ngakan...", baru lah terjongol kepala kau kat dapur rumah, kalau tak...jangan harap lah. – to be continued.
No comments:
Post a Comment