Umrah kali ini aku bersama sahabat ku Jamilah Awang. Kami telah berkawan sejak dari darjah satu lagi. Kini umur dah 51 tahun, persahabatan kami tetap kukuh. Milah baru menghadapi pergolakan hidup yang memerlukan dia teguh dan kuat semangat. Untuk menghilangkan kesedihan dan kebuntuan perasaan, aku sarankan dia menemani aku mengerjakan ibadah umrah. Ternyata saranan aku itu disambut baik dan dia bersetuju menemani perjalanan ku ke Rumah Allah.
Perjalanan kami bermula dengan menghadiri kuliah-kuliah TM Fauzy di Darussalam. Walaupun, kami menggunakan khidmat Shahidah Travel sebagai Travel agent kami, kuliah TM Fauzy merangkum modul Haji dan Umrah. Setiap Sabtu, dengan taat dan tekun kami akan ke Darussalam pada jam 4.30 petang. Kuliah bermula selepas Solat Asar.
Setelah beberapa kali menghadiri kuliah, Milah tergerak untuk mendaftarkan diri untuk menunaikan Haji. Alhamdulillah, Jamilah dan anak beliau Iskandar selamat mendaftar untuk Haji pula. Sekarang kami hanya menunggu panggilan dari MUIS dan yang paling penting, undangan dari Allah Ta'ala untuk ibadah Haji. Quota untuk Singapore dihadkan kepada 680 Jemaah, manakala, nama yang telah terdaftar sebanyak 9,900 Jemaah. Masa menunggu di anggar kan selama 14 tahun untuk kesemua Jemaah yang berhasrat untuk menunaikan Haji.
So I don't know when my name will be called. And since it looks that there isn't any chance of performing my Hajj this year, I will just have to do my Umrah, because Panggilan Kaabah yang terlalu kuat.
No comments:
Post a Comment