Thursday, May 14, 2009

Bunga Bakawali
It’s known as Epiphyllum oxypetalum scientifically. Epiphyllum oxypetalum or Dutchman's Pipe is a species of cactus and one of the most cultivated species in the genus. It is also referred to as Night blooming Cereus and often confused with species of Selenicereus.




Dulu kat Plywood Road, Arwah Nenek aku ada tanam pokok Bunga Bakawali. Dia tanam dalam pasu yang di buat sendiri dari pada kayu berbentuk empat segi, dan bertiang supaya tak kena air masin bila air pasang. Tak tahu lah siapa yang buat, sebab masa tu aku kecik lagi, tak pernah hirau siapa buat apa. Yang aku hiraukan waktu tu ialah, bila nak main sembunyi sembunyi, bila boleh panjat pokok, bila boleh pergi pancing, bila boleh tangkap ular, bila air nak pasang.

Pasu kayu yang dalam nya ada pokok Bunga Bakawali ni, letaknya di depan tingkap ruang tengok TV. Pokok Bunga Bakawali ni, susah nak berbunga. Dan bila berbunga, cuma satu saja, dan bila mekar hanya pada tengah malam. Ada yang kata tepat jam 12 malak, tapi aku tak pernah pulak tengok jam bila tunggu bunga ni kembang. Heran kan?. Yang pelik nya lagi, bunga bakawali ni, berbunga di daun nya, bukan di batang pokok atau di dahan. Daun bunga bakawali ni, panjang dan tebal. Bau bunga ni pulak bukan main wangi lagi. Harum semerbak. Tapi, dia cuma mekar sekejap aja, paling lama pun tiga jam aja. Bila dah fully bloomed, pelan pelan dia kuncup balik and wilted. Selalunya aku dengan Arwah Nenek aku akan tunggu bunga ni mekar. Bila dah mekar besar, kita petik dan simpan dalam esbok. Tiap pagi aku ambil dan cium bunga ni. Wangiiiii….

Bila kampong aku kena ambil dengan gahmen, pokok tu pun terpaksa di tinggalkan. Sedih aku tengok pokok bunga kesayangan aku kene tinggal. Bukan saja kena tinggal, pasu nya pun orang pecahkan. Nenek kata “beremma se kibe aaa… raje delhuk”.

Bila dah pindah, rasa rindu pulak dengan Bunga Bakawali. Fed up pun yer. Ada dua tiga kali selepas pindah tu, aku balik ke Plywood Road nak tengok apa jadi dengan rumah aku and pokok bunga bakawali aku. Tapi selalunya aku sampai ‘darat’ jer, tak sampai hati rasanya nak masuk sampai ‘laut’. Takut apa yang aku nampak nanti akan buat aku menangis. Sampai darat pun aku dah keluar air mata.

Tapi, bila aku beli rumah sendiri di Clementi, jiran cina sebelah rumah aku, ada tanam pokok ini. Happy sangat aku bila nampak pokok bunya bakawali ni. Bila nampak aja bunga dia berputik, tiap malam aku bukak pintu nak tengok bunga dia dah besar ke belum. Dan bila dah agak agak dia nak mekar, aku tunggu kat pintu. Sampai jiran aku pun perasan. Aku cakap dengan dia yang aku suka bunga tu. Aku cerita kat dia yang aku dulu ada pokok bunga ni, dan bunga dia selalu aku simpan dalam esbok. Jiran aku ni memang lah baik orang nya, walaupun dia bangsa lain. Bila bunga ni fully bloomed aja, dia gunting, dia kasi aku. Punya laaa happy. Yang bagusnya, pokok jiran aku ni, selalu jugak berbunga, tak macam yang Nenek aku punya, 4-5 bulan baru sekali berbunga. Jadi selalu lah aku dapat bunga bakawali ni jadi simpanan kat esbok. Kengkadang tu, dia berbunga sampai dua kuntum sekali. Jiran aku ni selalu petik dan kasi aku. Kadang kadang, bila aku tak ada dirumah, dia simpankan dalam esbok dia, dan dia letak note kat pintu aku suruh ketuk pintu rumah dia kalau aku balik.

Sekarang ni, susah nak jumpa pokok bunga bakawali ni. Dah merata aku cari, tak jumpa. Pergi nursery pun takde. Kata orang, bunga bakawali ni kesukaan Kak Pon, sebab tu dia cuma kembang malam aja. Aku tak percaya tu semua. Nenek aku kata, bila bunga ni kembang, ada puteri pari-pari akan turun dan cium bunga ni, sebab bunga ni, harum dia fuuyooh… best sangat. Yang ini aku percaya, sebab yang kata tu, Nenek aku. So, beside tengok bunga ni kembang, aku pun selalu sangat berharap dapat tengok puteri pari pari tu. Tak pernah nampak pulaaak.

Tetiba aja aku teringat Bunga Bakawali ni. Mana nak cari eh?

No comments:

Post a Comment