
Beberapa tahun dulu ada satu kenalan aku nama dia Zakariah, isteri dia bernama Rabi’atun. Mereka mempunyai dua orang anak yang comel, yang pertama bernama Nur Sa’adatul Adawiyah, yang kedua, lupa pulak nama dia
Berbalik kepada Zakariah ni, dia pernah bercerita, sewaktu zaman bujang, dia pernah menumpang tinggal di rumah jiran aku yang tinggal di lantai satu. Aku memang tau lah jiran ni, sebab tiap hari lalu sebelah rumah dia. Menurut Zek (nama pendek Zakariah), dulu rumah jiran aku tu memang ramai anak anak muda menumpang di situ. Mungkin kerana waktu tu, anak anak jiran aku pun masih muda muda.
Satu hari tu, Zek pulang menjelang maghrib. Dari Jurong West dia menaiki jejatas untuk melintas ke Boon Lay, di hadapan block 209. Jejatas tu memang lah sunyi, sebab jarang orang gunakan. Orang ramai lebih suka guna laluan traffic light di depan block aku. Bila sampai di luar rumah, Zek ni terus duduk berborak borak dengan yang lain, di belakang rumah, (maklum lah rumah bawah, di belah dapur di buat extension tempat diorang lepak lepak) tiba tiba terdengar hilaian perempuan. Mereka fikirkan mungkin ada jiran sedang bergaduh di lantai atas, sebab waktu tu baru jam 7.30 malam. Bila mereka pandang ke atas, ternampak jelas Cik Pon bertenggek di bamboo jemuran di tingkat tiga. Dekat betul rasa nya dengan mereka.
Mereka pun lintang pukang lari, ada yang tak sempat lari, menggeletar di bangku. Cik Pon tu, bila tahu yang orang dah nampak dia, dia pun dengan cepat ‘terbang’ sambil mengilai kuat. Si Zek ni terus pengsan, dan seperti di rasuk. Kebetulan pulak, tuan rumah tu tau sedikit sebanyak tentang ilmu ilmu perubatan, lalu di beri Zek minum air, dan entah apa lagi yang di buat nya, sehingga Zek ini waras semula.
Kata tuan rumah tu, waktu Zek menggunakan jejatas itu, Cik Pon dah mengikut dia pulang. Waktu maghrib pulak tu. Wallahu’alam. Sejak dari hari itu, Zek sudah tidak gunakan laluan itu lagi, sebaliknya menggunakan lintasan traffic. Dan dia pun tidak lagi menumpang di rumah jiran aku tu.
Yang menghairankan, Cik Pon ni, dah tak payah tunggu malam hari bila nak mengusik orang. Ini cerita Zakariah lah, tidak dapat disahkan kebenaran nya, macam DJ KC cakap. Tapi kalau yang punya badan yang bercerita, mesti lah betul, ye tak?
Macam macam cerita aku dengar tentang kawasan rumah aku ni. Aku pulak memang lah jenis penakut. Tapi takut takut aku, masih jugak balik jauh jauh malam. Aku ni, kalau orang aku tak takut, sebab boleh lawan physically, tendang terajang ke, sepak kasi mampus ke, ludah ke, garuk muka dia dengan kulit durian ke....tapi kalau hantu, segan sikit… hah... macam mana nak lawan? Benda ghaib. Berserah pada Allah aja lah. Banyak banyak kan ibadah, mudah mudahan iblis syaitan ni tak dekat. Kalau ada pun, diorang main jauh jauh jer.
Tapi sekarang ni banyak pulak hantu yang tak ghaib. Itu hantu haram jadah nama nya.
No comments:
Post a Comment