Friday, September 12, 2008

Sejak Ramadan ni, boleh kira dengan jari berapa kali aku buka kat rumah. Undangan iftar dan berbuka puasa beramai ramai tak putus putus datang. Itu belum termasuk shopping kat Geylang and Orchard. Panas terik pun jalan jugak. Nasib baik ada Al-Falah kat Orchard ni, kalau tak miss lagi waktu. Kalau dah shopping kat Orchard tu, Straits Kitchen memanggil manggil... Korang tau... Carousel dah fully booked sampai hujung ramadan. Dah tebiat agaknya orang2 ni eh...

Boss aku memang best, bulan puasa dia kasi aku balik pukul 5.00 pm, walaupun aku datang kerja never ealier than 9.15 am. Lunch time pun aku saok jugak ler untok gi buat Zuhur, walaupun sepatutnya aku tak keluar lunch time bulan puasa to pay forward yang one hour aku balik earlier tu. Boss aku pun tak pernah sound apa apa pun, ni lah satu India yang aku rasa kalau boleh rekomen masuk syurga, aku nak rekomen. Tapi, apa boleh buat, nak masuk syurga ni tak boleh nak rekomen-rekomen, kena buat ibadah sendiri, sorry lah boss...saya punya badan sendiri pun belum komperm boss.

Bila dah balik pukul 5 ni, sempat lah aku siap kan apekebende yang perlu kalau berbuka kat rumah. Tapi, most of the time, siapkan makanan pindah ke pinggan jer, sebab gerenti sebelum sampai rumah, aku singgah kat mana mana belik makanan dulu, tak pun, Jazz hantar kalau dia ke Selera Ramadan. Tak pun... kita buka anak beranak, kalau Mary tak kerja. Ni lah time yang selalu aku tunggu tunggu, kalau Mary tak kerja, kenyang le aku. Bukan sahaja dapat makan buka, dapat bawak balik lauk untok sahur lagi!.

Semalam Mary masak Kari kepala ikan dia yang famous tu, Babat masak lemak cili padi masukkan petai, kailan and chinese mushroom, telur dadar mesti ada, sambal belacan dengan cili padi, makan dengan nasi panas panas... aku makan dua pinggan nasi, bertambah lagi tu. Hingga menjilat jari... terkena pulak minggu tak boleh harap aku, orang buka, aku pun ikut buka, padahal, padahal...jadi tak le susah aku nak bernapas bila maghrib, isyak and tarawih. Bila yang lain dok beribadah, aku dok sambung makan. Orang start doa, baru aku tumpang angkat tangan, sambut Amin jer. Nasib baiklah Qhairul tengah on diet, kalau tidak... berpinggan jugak dia makan. Raimie, Ayu and Amy berbuka dengan kita. Bertambah lah meriah suasana berbuka.

Semalam aku sibuk makan lupa nak amik gambar. So gambar gambar ni semua, masa berbuka minggu lepas. Terpaksa berbuka kat lantai, sebab makanan tak muat meja. Ni baru 5 orang punya makan, kalau 40 orang punya makan?.... gerenti kena buat kat luar laaaa...



Ini time Mary masak Kari rusuk, ayam kentucky, ikan goreng sumbat sambal belacan, telur dadar mesti ada, sop sayur. Pulak tu, ada kuay teow goreng, wadeh, dan kuih muih.


Erin, pantang nampak ikan... ish maklum lah, anak ikan todak

Mana mana yang tak abis, aku bawak balik buat sahur. Banyak banyak Mary masak, Qhairul cuma makan kuay teow goreng jer... apadah...

Last Friday pulak, iftar kat rumah Saharimah... hah, itu pun aku lupa nak amik gambar, sebab banyak sangat makanan, macam dah hari raya pulak rasa nya dengan lontong, ketupat, serunding, rendang, lodeh, sambal goreng, mee siam, wadeh, bubur lambok (Mary buat), kacan pul, dan macam macam lagi.

Hari ni ada undangan iftar lagi, kat rumah Noorliza. Sorrylah, saya dari tempat kerja, tak bawak apa apa... perut jer. Tenkiu.


No comments:

Post a Comment