Monday, November 05, 2007

Hantar Tanda dan Hantaran - Dua perkara yang berbeza

Aku ingat lagi, dulu-dulu tu kalau ada orang bertunang ke, nikah ke... mesti ada hantar tanda erti kata lain bertukar tukar hadiah. Kalau si perempuan ada kakak yang belum disunting, dipanggil 'langkah bendul', lalu barang barang hantar-tanda diadatkan dua pasang, satu untuk sipengantin, yang satu lagi untok kakak pengantin. Kalau nak ikutkan logic, ewah... apakena pulak kakak pengantin pun dapat satu persalinan? tak malu eh... memang lah betul bendul. Dah dia tak laku, lepastu nak jugak dapat hadiah, padahal bukan dia yang bertunang. Ini pendapat aku lah... kalau aku jadi kakak yang tak laku, aku sembunyi dalam almari... malu nak mintak itu ini. Tapi jodoh pertemuan kan di tangan Tuhan. Tidak perlu malu belum dipinang orang, tapi mesti malu nak mintak hadiah hadiah, macam annoucement yang dia belum ada orang hendak.

Lagi satu yang aku ingat, bila hantar tanda... selalunya banyak makanan... lepas saja pihak sebelah sana balik, kita pun berebut-rebut nak potong kek or apa saja yang di beri... sibuk, ambil plastic, nak bungkus bawa balik. Tapi sekarang ni, bila ada majlis hantar tanda, yang mereka hantar cuma barang barang personal. Minyak wangi, jam, ipod, cincin, handphone... kalau ada kek pun, sebiji saja. Alahai...

Anywayssss....

Ini bab Hantaran pulak. Wang hantaran yang dihadiahkan dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Yang ni lagi niaya. Sekarang ni, wang hantaran dah cecah $10,000.00. Kalau pengantin perempuan lulusan University tu, paham jugak lah... susah payah mak bapak kasi pelajaran, hantaran mesti lah tinggi. Tapi kalau setakat darjah 5 pun nak hantaran ribu ribu... dah tebiat? hehehe... ni anak dara aku ni aku nak mintak tinggi tinggi... yerlah, susah payah aku kasi makan... mesti lah nak imbalan yang sewajarnya.

Okaylah. Stop cerita merepek. Karang ada pulak yang ingat aku cerita pasal diorang.

Semalam terlaksana sudah majlis akad nikah Zizi Elliza dan Zehdi. Wedding dinner and lunch will be held in early December, at a 5 star hotel and Chamber of Commerce ballroom respectively. Dinner is specially for adik beradik and kawan-kawan pengantin, by invitation only, RSVP. Anak anak sedara tak boleh attend. So nampak gaya, budak budak kena buat plan sendiri. Sorry darlings...

Majlis di menteraikan oleh Ustaz Pasuni Maulan. Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar. Sebagai personal videographer... I knowI did a good job! Lots of candid moments. Lots of laughter, lots of tears, lots of memories...Below are just few candid moments from my digital still camera, which I juggle with my video cam.


Katil pengantin.

Kalau dulu dulu, makcik-makcik sennik, bila datang jemputan, yang dia sibuk nak tengok dulu ialah, katil pengantin. Aperhal pun aku tak tau... nak tengok tempat orang tidur and berasmara dana...



Pengantin diapit oleh Mama and adik, malam sebelum majlis

Pengantin on Henna Night.
Tapi takde joget bangrha


Makcik pengantin.
Masuk ni, dah 3 kali anak patung ni kena betulkan gaun dia. Tawakkal jer lah Manyam!




My creation
Ini hasil tangan aku... coklat beli kat Mustaffa Centre


Hadiah dari pihak perempuan.
Sirih dara, gubahan Wak Enon dari Blk 446, Jurong West


Sebuah Jam hadiah dari Capt. Zehdi untok Zizi


Barangan dari pihak lelaki


Kek sempena pernikahan dan ulang tahun Zizi yang ke-26


Bapak pengantin, tersenyum lebar
Ini cerita Bapak pengantin - dipagi hari majlis, Bapak pengantin stress. Nasib baik tak ada relapse heart attack dia. Baju melayu dia hilang! kecuh satu rumah.
Pagi pagi Mak Pengantin talipon aku tanya macam mana nak buat gubahan buah-buahan tu, nak tunggu aku datang ke, or nak suruh Kak Zainon buat... aku kata, suruh lah siapa yang ada kat situ buat, bukan susah sangat, susun buah kat dalam bakul yang aku dah lekatkan reben je, nak tunggu aku takut lambat pulak.
Lepastu pengantin talipon, "Aunty! aunty!... aunty ada nampak baju kurung Baba tak? Aunty simpan kat mana?" Aik ! baju kurung Baba hilang? aisemen... macam mana pulak aku boleh simpan?
Lepastu Mak pengantin pulak talipon ... "Zie...you nampak baju kurung Abang? Kak Esah dah carik merata tak jumpa!"
Alamak... kalau P.Ramlee sibuk cari butang baju yg hilang, ni dengan baju baju sekali hilang... berat punya kes ni. Dah tu, Jazz pulak talipon "Entah entah you terbawak balik tak?" Aduh... panic panic aku dibuat nya... sambil bongkar segala plastic bags, sambil berdoa "Ya Allah... jangan laaah baju tu ada kat dalam beg beg aku ni!" Phew! nasib baik tak de... hehehe... berderau darah.
Akhirnya, pengantin talipon balik... "Aunty, okay, boleh relax, dah jumpa, dalam almari baju Baba, tadi tengok tak ada, sekarang ada, okay, thanks"
HAH !??!


Zizi berdebar menunggu suami

Ciuman kasih ibu mertua

Zizi dan Ezrina

They managed to laugh it out
Capt. Zehdi... able to steer SQ Boeing 747 from Singapore to LA and back, but gugup bila duduk berdepan dengan Kadi.

From Aunty Zie :
Semuga Zizi dan Zehdi bahagia sehingga akhir hayat. Dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Seperti kata Uncle Jazz, semuga Zehdi menjadi Khalifah yang patuh dengan hukum hukum Allah, dan dapat membimbing keluarga kejalan yang diredhai, dan juga membina keluarga yang kukuh dan anak anak yang akan menjadi tokoh yang di hormati masyarakat dan terpuji.

No comments:

Post a Comment