Monday, May 28, 2007

Sun Over Kaabah


Mata hari akan berada betul-betul di atas Kaabah di Makkah tepat jam 12.16 (waktu Makkah) tengah hari ini (5.16 petang waktu Singapura), sekali gus menjadi waktu paling sesuai untuk menentukan arah kiblat.

Kedudukan mata hari yang tepat di atas Kaabah itu akan menimbulkan kesan semua bayang-bayang yang ditunjukkan oleh objek tegak seperti kayu atau tiang adalah bersamaan dengan arah kiblat. “Ia adalah titik rujukan di bumi yang menghala ke Kaabah dan menjadi arah mendirikan solat bagi umat Islam”

Peristiwa mata hari di atas Kaabah berlaku dua kali setiap tahun pada waktu dan tarikh yang sama iaitu jam 5.16 petang waktu Singapura pada 28 Mei dan jam 5.28 petang, 16 Julai.


Source : Harian Metro 28 May 07.

No comments:

Post a Comment