Teringat dulu waktu dikampung Batu Sembilan, kalau nak pergi Kedai Kadir waktu malam, nak kena jalan dalam sepuluh minit dalam gelap. Walaupun berjalan dicelah celah rumah rumah kampong, lampu dari dalam rumah, malap malap saja, tak mampu nak menerangi ruang luar rumah. Orang kampong dulu, lebih suka pakai lampu colok. Ini disebabkan samada rumah takde bekalan elektrik ataupun mereka nak berjimat.
Dulu tu, ada Bai jual roti yang selalu datang ke kampong naik basikal. Kat belakang basikal dia ada lemari roti. Canggih sungguh Bai ni. Orang kampong dapat supply roti dari Bai ni. Macam macam roti Bai ni bawak, roti kaya, bun kentang, karipap dan lain lain. Paling aku tak suka karipap Bai, dah lah pastry dia liat, inti kat dalam pun sikit sangat. Roti dulu dulu bukan macam sekarang dah siap dalam packet and dah di potong. Roti dulu, ada kulit hitam, jadi Bai tu kena lah potong kulit roti dulu... kadang kadang tu, kulit roti yang hangus, Bai tu bagi bagi kat budak kampong, itu pun berebut rebut budak budak kampong. Sekarang ni, aku beli roti, letak laah kat atas meja, sampai date expired pun anak anak tak sentuh, melainkan roti jagung ke, roti raisin ke. Kalau roti wholewheat, gerenti laah tak di sentuh.
Kalau Nenek ajak aku pergi pasar Batu Lima kat Pasir Panjang, mesti singgah kat kedai bakar roti, tempat Bai amik supply roti dia. Bau roti yang semerbak, mengundang perut yang selalu keroncong. Dulu tu, aku tak suka makan, kengkadang aku terpikir kenapa kita mesti makan, tu waktu belum belajar Science kat sekolah. Tapi bila terhidu bau roti panas panas, segala acid kat dalam perut keluar, buat perut aku suruh aku makan roti.
Aku ingat lagi, kawan sekampung aku, Jamilah nama dia. Jamilah Jusuh, adik dia namanya Juriah, bertahi lalat dibibir. Juriah ni tak berhenti bercakap, betullah kata orang, kalau ada tahi lalat dibibir, memang mulut tu petes. Kadang kadang aku teringat jugak dengan Milah ni. Tak tau kat mana dia sekarang, sebelum kampong Batu Sembilan di robohkan, Milah sekeluarga berhijrah ke Malaysia. Tapi oleh kerana waktu tu, kita masih kecil lagi, tak teringat pulak nak minta forwarding address dia. Kalau aku minta pun, aku nak buat apa? bukan aku boleh tulis surat, sebab nak beli stamp pun aku rasa sayang duit aku. Baik beli air batu Malaysia, sejuk sikit tekak.
Rumah Milah ni, kecil saja, bersambung kat belakang rumah orang. Rumah sewa. Rumah dia takde letrik dan tak ada bekalan air paip. Waktu malam mereka guna lampu colok. Bila belajar, nak kena guna 4-5 lilin baru lah nampak buku. Rumah dia sentiasa gelap, walaupun waktu siang, dan mereka terpaksa mengambil air paip depan Kedai Kadir. Kadang kadang mereka ambil air kat rumah Makcik Sarah, tapi selalu aku dengar Milah kena marah dengan Makcik Sarah tu. Tak tau lah pasal apa.
Milah ni sentiasa senyum, baik dan suka tolong orang. Bila Mak-Bapak dia nak berhijrah ke Malaysia, aku rasa fed-up sebab kehilangan kawan rapat yang selalu bermain dengan aku.
Dalam hidup ni, tak ramai yang boleh kita panggil sahabat baik. Kata orang, kalau ada 5 sahabat sejati, we will have a blissful life, life is complete.
No comments:
Post a Comment