Monday, January 08, 2007

Laaaah... Udang Galah pulak

Di Petik dari Harian Metro : 8 Jan 07

"Penemuan beratus-ratus kilogram udang galah yang terperangkap dalam lopak air di kawasan semak dan kebun kelapa sawit di Kampung Durian Condong, di tepi Sungai Muar, dekat sini, selepas banjir surut, menjadikan kawasan itu seperti 'berpesta' apabila orang ramai berlumba-lumba menangkap haiwan berkenaan.

Ketua Kampung Durian Condong, Anuar Hamzah, 50, berkata pesisiran Sungai Muar berhampiran kampung itu sebelum ini memang terkenal dengan udang galah sepit biru dan menjadi tumpuan pemancing termasuk dari luar daerah.

"Jumlah udang yang ditangkap selepas banjir ini adalah yang paling banyak, malah udang itu hanya ditangkap menggunakan tangguk atau galah yang diikat dengan besi. Dalam tempoh beberapa jam saja terutama pada waktu malam, penduduk memperoleh berpuluh-puluh kilogram udang pelbagai saiz dan kami menganggap itu rezeki selepas banjir," katanya.

Seorang penduduk, mendakwa dia dan adiknya berjaya menangkap kira-kira 10 kilogram udang galah pelbagai saiz dalam tempoh dua jam saja. Katanya, semua udang itu dijual kepada peraih tempatan dengan harga RM30 sekilogram."



Haai... Allah kalau nak beri rezeki tu, tak kira tempat. Kat kebun kelapa sawit pun, udang boleh terperangkap. Padahal jauh dari laut.

Seperti jugak orang kampong kat Durian Condong tu, rezeki yang di rahmati Allah tak kira di mana, bagaimana dan kenapa. Dirahmati juga dari Allah rezeki yang melimpah untok aku dan anak anak, walaupun bekerja belum pun setahun. Alhamdullilaaah... Ku panjatkan doa kesyukuran yang tidak terhingga, semuga rezekiku sentiasa dipelihara. Ternyata yang halal untok aku dan anak anak aku, supaya kalbi mereka sentiasa terpelihara dari perkara perkara kejahatan dan munafik.

Syukur kehadrat Allah, diberi sedikit aku tak miskin, diberi lebih aku tak kaya. Semuga aku tidak merasa bongkak dengan kekayaan yang bukan milik aku. Amin.

No comments:

Post a Comment