Tuesday, December 05, 2006

Pernah tengok pokok bunga kemboja? Bunga kemboja kadang kadang dikenal juga dengan nama bunga cina mati, tak tau lah kenapa. Sebab orang cina mati selalunya tak pakai bunga kemboja. Bunga ini juga selalu dikaitkan dengan Pontianak atau bunga kubur. Mungkin kerana bau nya yang harum dan wangi.






Selalunya pokok kemboja ni tak lah tinggi sangat, dan akarnya pula berserabut. Salah langkah, boleh tersungkur kalau tak tengok jalan. Bunga kemboja ni pula, berkelopak lima, yang banyak terdapat di Singapura, berwarna putih dan kuning di sebelah dalam. Kelopak nya tebal, dan kalau di petik dari pokok, bunga kemboja ni boleh tahan beberapa hari, dan yang sudah gugur kat tanah pun, boleh juga tahan untok dua tiga hari.

Kalau dulu tu, nak jalan bawah pokok kemboja ni, ada seram sikit, sebab takut takut ada tangan Pontianak capai leher. Lagipun, bau nya, semerbak... lagi lagi kalau waktu malam. Agaknya sebab itulah, pokok kemboja ini di tanam di kawasan perkuburan, supaya bau bunga yang wangi tu boleh membuat kawasan kubur sentiasa wangi.

Dulu, waktu Arwah Obek Sapiah aku tinggal kat sebelah Tiger Balm Garden, aku selalu lah pergi ke rumah dia. Kengkadang tu nak cepat, kena jalan kat Tiger Balm Garden dan terpaksa lah menikmati bau bunga kemboja. Tapi kalau jalan kat sebelah luar pulak, terpaksa jalan bawah pokok bunga kenanga. Mana mana pun, aku akan rasa meremang.

Kawasan rumah Arwah Obek Sapiah aku tu, memang lah keras, dengar cerita tempat Pontianak bermarkas. Ada satu kejadian tu, waktu ada majlis 'walimatul-urus', sepupu aku dan kawan kawan dia buat "Operation kejar Pontianak". Sambil jerit jerit menunding kearah pokok pokok tinggi, "jaga engkau ! jangan lari eh...jaga engkau!" Apakesajer... aku tengok pun macam tak percaya. Bercakap dengan Pontianak. Nampak ker mereka? Atau sengaja nak menakut nakutkan orang? Kata orang, kalau ada hantu dekat kita, akan meremang bulu roma, tapi time tu aku tak rasa apa apa pun.

Tapi sekarang aku percaya, yang ada sesetengah hamba Allah, di berikan kelebihan boleh melihat makhluk makhluk ghaib yang tidak boleh di lihat dengan mata kasar. Buktinya, Arwah Nenek aku yang punya kelebihan tersebut, tapi dulu waktu aku kecil aku tak pernah percaya yang Nenek boleh nampak hantu, aku ingat Nenek cuma nak menakut nakutkan aku saja.

Jazz juga punya kelebihan yang serupa, boleh melihat makhluk ghaib. Dalam banyak banyak cerita oleh anak-anak murid Jazz tentang expedisi mereka mengejar hantu, ialah di Hospital Changi yang lama, bila Ed dan Hafizat terlihat sebuah kepala bermata merah meronda ronda di hadapan mereka. Hafizat, pemain bolasepak negara,yang tak pernah gentar menghadapi pasukan lawan, seperti di paku kedinding macam cicak melekat, tangan dan kaki tertempiaran tak tentu arah, and Ed terus tidak boleh bersuara, cuma boleh menunding jari. Appaaaa Siaaa...!

Malam Asyurah yang akan datang ni, kemungkinan selepas mengerjakan ibadah, kita akan buat expedisi cari hantu, boleh ke aku di beri kekuatan untok turut serta...Aisemen... bila difikir fikir rasanya macam tak larat, tapi hati ni berkobar kobar nak tengok dengan mata sendiri. Kalau Asyurah yang lalu aku cuma dapat tengok hantu di CD, kali ini mungkin in real life.

No comments:

Post a Comment