Friday, November 10, 2006

Ramai hypocrites dalam dunia ni. Dunia ni bukan lah luas sangat, kecil saja, putar putar kat situ jugak.

Heran nya, keburukan orang yang jadi perhatian dan cakapan. Tapi keburukan diri sendiri tak sedar.

Sama lah macam aku, buruk orang aku nampak... tapi aku analisa kan dulu. Mungkin ada sebab mereka tu berperangai buruk. Kebaikan orang pun aku nampak jugak, dan aku analisa jugak. Pandai mak bapak dorang didik anak anak, sampai jadi anak yang berjasa. Tulah yang selalu aku puji. Kebijaksanaan mak bapak dorang. Tapi kalau dah bertahun dia bersikap buruk macam tu, bukan salah mak bapak tak pandai mendidik, salah diri sendiri yang tak tahu memenafaatkan kebaikan mak bapak. Ada tu kerana bongkak, sombong dan angkuh dengan kemewahan. Sampai mereka lupa diri.

Begitu jugalah nanti orang akan analyse tingkah laku anak anak aku. Mudah mudahan perangai mereka akan di puji, boleh lah aku tumpang gembira, because the fundamental of characteristic is base on the up bringing. Walaupun kelulusan mereka tak setinggi mana, aku masih boleh menegur. Syukur lah, aku masih mampu mendidik anak anak aku, Jazz dan Mariam pun turut membantu. Mak bapak aku pun sama sama memberi nasihat dan teguran. Ayah mereka pun sayang kan mereka. So, tak lah mereka rasa kurang kasih sayang. Hidup mereka di limpah kasih sayang dari segenap sudut. Mama, Papa, Ummi, Nenek, Tok dan Ayah. Sebab kasih sayang tu tak ada nilai and intangible. Nak kasi berapa banyak pun, tak akan luak bagi orang yang memberi.



Dan anak anak aku masih patuh dengan teguran-teguran, tak lah bersikap kurang ajar melawan, menengking dan membentak. Dan tak pernah pulak meninggi suara bila dimarah. Mudah mudahan it will always stay that way.

Kesian aku tengok anak anak yang terbiar. Mak bapak sibuk dengan kehidupan sendiri, sibuk mengumpul harta, sibuk dengan career masing masing, sampai lupa keperluan anak anak. Bila anak anak terkeluar dari landasan maruah, siapa yang nak disalahkan ?

Na'uzubillahi Minzaliq

No comments:

Post a Comment