Friday, September 15, 2006

Cerita Hari Jumaat.

Aku ni memang minat betul bila dengar Jazz bercakap hal hal agama, macam berkhutbah. Rasa macam baru lepas sembahyang Jumaat, walaupun dah lepas maghrib Selasa malam.

Tuari, Jazz cerita pasal kejadian syaitan. Syaitan ni dah berjanji dengan Allah swt, yang dia akan menggoda manusia anak cucu Adam sampai akhirat. Walaupun setelah kita mati. Cuma satu saja yang dia tidak boleh goda, iaitu orang orang yang ikhlas. Kalau orang tu ikhlas dalam membuat sesuatu, tanpa ada niat lain, tanpa mintak balasan dari perbuatan dia, bermakna dia ikhlas. Itu yang Syaitan tak boleh goda. Macam mana nak goda orang ikhlas, dia tak de niat jahat, dia tak de niat dengki, dia tak de niat buruk. Dia ikhlas.

Syaitan ni, boleh menyerupai segala macam benda, boleh menyerupai setiap manusia. Cuma yang dia tidak boleh menyerupai ialah Rasulluah junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Tau kenapa dia tak boleh menyerupai Rasullullah? Sebab Rasullullah ni ikhlas. Segala perbuatan beliau dilakukan dengan keikhlasan. Beliau tidak pernah meminta balasan dengan apa pun pertolongan yang di beri. Segala dakwah yang di berikan dengan hati yang ikhlas.

Itu lah keistimewaan orang orang yang ikhlas. Syaitan tidak akan boleh goda.

Dulu tu Arwah Nenek aku selalu bercerita pasal kebaikan dan amalan kita. Dia selalu pesan, jangan kurang ajar dengan Mak Bapak. Kalau bercakap dengan Mak Bapak, mesti dengan nada suara yang lembut. Jangan melawan mata dengan Mak Bapak, bila bercakap tu, tundukkan kepala sedikit, jangan tunjuk angkuh. Dia jugak selalu ingat kan aku, tak guna kita sembahyang tiap waktu, tapi bila bertutur dengan Mak Bapak dengan bahasa kasar, menengking dan tak kurang dengan herdik pekik. Walaupun tidak ada niat nak menderhaka, tapi nada suara yang tinggi pun dah kira derhaka. Setiap kali menengking, di tolak beribu kali pahala solat kita.

Arwah Nenek pernah bercerita tentang satu hamba Allah ni, sejahat jahat nya manusia, perompak, penyamun, pembunuh. Segala kejahatan dia buat, tapi mana saja dia pergi, dia gendung Ibu dia, sebab Ibu dia dah tua dan dia tak sampai hati nak meninggalkan Ibu dia sendirian di rumah. Pergi menyamun ke, merompak ke, dia tetap gendung Ibu dia. Ibu dia menangis setiap kali dia buat kejahatan. Minta dia insaf, minta dia bertaubat. Tapi, apakan daya, sebab itu saja yang dia boleh lakukan untok menyara hidup. Kalau dia kerja dengan orang, tak mungkin dia boleh gendung Ibu dia waktu bekerja. Dia jaga Ibu dia dengan penuh kasih sayang, Ibunya tak pernah berlapar dan tak pernah sakit kerana dia menjaga Ibu dia dengan sempurna. Bila Ibu dia meninggal dunia kerana tua, dia terlalu sedih sehingga dia jatuh sakit, dan akhirnya dia pun meninggal dunia. Orang ramai semua tidak mahu menyempurnakan jenazah sebab kejahatan yang dia lakukan semasa dia hidup terhadap orang ramai.

Tapi ada satu hamba Allah, berkata "Si Mati ni adalah semulia mulia manusia, kerana pengorbanannya terhadap Ibu nya. Sudah tertulis Syurga di bawah Telapak Kaki Ibu, dan tempat beliau ni memang di syurga." Mendengar kata kata hamba Allah tu, baru lah orang ramai tersedar dan terbuka penglihatan mereka betapa baiknya Si Mati tu tadi.

So, kesimpulan cerita Arwah Nenek aku ni, ialah, walau jahat macam mana pun kita, Ibu Bapa tetap perlu di hormat dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Tak guna kita beribadah, menolong orang sana, orang sini, tapi Ibu Bapa sendiri terbiar dan teraniaya.

Tapi, kengkadang ni, kita manusia, punya perangai masing masing. Selalu nya kita rasa apa yang kita buat tu betul. Tengking herdik Mak Bapak, macam lah mereka tu tak de akal. Macam Mak Bapak kita ni bodoh. Padahal, mereka lah semulia mulia manusia, yang menjaga dan memberi kita makan pakai, yang mendidik kita dari kecil. Mereka lah pendidik pertama, yang mengajar kita melafazkan perkataan pertama. Bukan nya senang jadi Mak-Bapak. Bukan senang nak mendidik anak anak, nak memberi kasih sayang tak berbelah bagi untok setiap anak.

Kita ni manusia yang pelupa, lupa pengorbanan orang tua, lupa dari mana asal kita, lupa siapa yang mendidik kita. Bila dah dewasa, dan punya wang ringgit sendiri, kita rasa kita ni lebih pandai dari Mak Bapak kita. Mulalah kita rasa bongkak, mula kita rasa takbur, mula kita rasa diri kita ni kaya. Padahal kekayaan kita tu, bukan datangnya dari langit, semua nya bermula dari Mak Bapak. Itu semua kita lupa.

Tulisan ini di tujukan untok aku sendiri, supaya ada rasa keinsafan dalam diri sendiri, all these time, aku kurang beri perhatian pada Ibu Bapa aku. Sesiapa yang terasa tu, sekadar kebetulan saja, sebab yang menulis aku, dan aku tak suruh kalian membaca. And my writing does not revolve around your life, but mine.

No comments:

Post a Comment