Friday, August 25, 2006

Sambungan... Cerita Aku

Sekarang ni, banyak cerita cerita hantu yang diceritakan oleh orang ramai. Kalau dulu orang takut hantu, tapi sekarang ni, orang cari hantu, sampai buat satu event ramai ramai pergi hospital lama lah, pergi hutan lah... saja je nak tengok hantu. Ada pulak yang sampai buat pameran kat Museum.

Dulu tu taim aku tinggal kat kampong, macam macam cerita hantu aku dengar. Arwah Nenek aku ni, dia ada 'third eye', boleh nampak benda2 yang kita tak leh nampak dengan mata kasar.

Arwah nya selalu cerita, pasal hantu itu lah hantu ini lah. Kalau dia nak kita cepat tidur, dia akan nyanyikan satu lagu Bawean yang ada rangkap nya berbunyi..."siapa tidur di tengah tengah, akan di tegur hantu..." hehehe... kengkabut lah budak2 yang tidur kat tengah nak beralih. Actually, kalau budak budak penakut kan, selalunya nak tidur tengah tengah, pastu berebut-rebut sampai bergaduh. Takde yang nak tidur kat sebelah tepi, jadi Arwah Nenek reka lagu, siapa tidur tengah kena kacau dek hantu, jadi... takde lah kitorang berebut nak tidur tengah... jadi tak lah bergaduh. Semua tidur sendiri sendiri. Takde tengah, takde tepi. Bijak akal Arwah Nenek aku tu.

Masa MakCik aku (Mak Yam) belum berumah tangga, dia kerja kat Sigma. Selalunya kerja shift malam. Pukul 11.30 malam baru lah sampai kat jalan raya kat luar kampong. Arwah Nenek jugak lah yang pergi menyongsong MakYam balik kerja.

Kat Plywood Road tu, kalau nak masuk dari main road, ada jalan tar. Jalan tar ni sebab ada kilang plywood sebelah kampong aku tu. Kat tengah tengah jalan diantara main road dengan kawasan kampong darat ni ada satu pokok beringin. Besar macam nak apa, dengan akar akar (tak tau lah akar ke amende) terjuntai juntai dari atas pokok ketanah. Pulak tu... kat tepi tepi jalan penuh dengan longgokan batang balak yang di susun tinggi. Kengkadang aku terpikir jugak, kalau lah kayu balak ni, tergolek jatuh... tak ke maut orang yang lalu kat situ. Kadang kadang terbayang orang duduk menyangkung kat atas kayu balak tu.

Arwah Nenek selalu ajak aku temankan dia nyongsong Mak Yam. Malam malam buta kita keluar, aku bawak lampu suluh kecil, Arwah Nenek bawak payung. Kadang kadang tu, kita tunggu MakYam kat gate nak masuk kampong darat jer, tapi selalunya kita tunggu kat Kedai Cina kat main road. Malam malam gitu, masih lagi aku ingat bau bau yang terhidu oleh lubang hidung aku... bau embun malam, bercampur dengan bau kayu balak yang basah. Every distinctive, sampai menusuk hidung. Kat jalan tu tak de lampu langsung, gelap segelap gelap nya.

Bila jalan dekat dengan pokok berigin besar tu, Arwah Nenek selalu pesan, jangan pandang kat pokok. Sebab ada yang tengah main buai. Aduish... Berderap jantung aku. Kadang kadang tu Arwah Nenek marah marah, tapi tak lah menengking... tapi bukan marah kat aku. Dia cakap (dalam bahasa Bawean) "Jangan lah kacau... kan Cuma nak pergi ambik Mariam aja ni". Aku selalu nye diam aja, sebab dah paham betul, jadi aku jalan tunduk bawah jer, sambil peluk tubuh, jalan rapat dengan Arwah Nenek. Kalau boleh aku nak masuk dalam baju kebaya panjang dia.

Kadang kadang tu Arwah Nenek cakap "jangan ketawa, sakit telinga", padahal aku tak dengar sepatah haram pun orang ketawa. Tapi, heran nya, Arwah Nenek ni, walaupun dia marah dengan makhluk2 ni, cakap dia lembut aja. Tak menengking pun, mungkin itu yang buat makhluk2 ni tak kacau dia. Bila dah jumpa MakYam kat main road, kita patah balik semula. Terpaksa aku tempuh lagi perasaan takut bila melintas pokok beringin tu. MakYam pulak... macam tak de apa apa langsung.

Masuk saja kawasan kampong, baru lah lega sikit jantung aku, sebab ada jugak cahaya malap dari rumah rumah kat situ. Barulah aku relax, dan barulah tangan aku jatuh dari peluk tubuh, kengkadang sampai numb dan lenguh tangan aku.

Bila sampai kat rumah, dan selepas cuci kaki dan muka, baru Arwah Nenek cerita, yang tadi tu ada Pontianak kat bawah pokok beringin tengah main buai laah, tengah berdiri ramai ramai. Alamak...ramai?. Ada sekali tu Arwah Nenek kata, ada Pontianak berdiri pegang payung. Aik...dorang pun ada payung eh? Kadang kadang Arwah Nenek kata, ada Hantu Galah yang tunggu kita kat main gate nak masuk kawasan kampong. Hantu Galah ni, Arwah Nenek kata tinggi macam galah. Kengkadang tu, kita kena lalu kat bawah kelengkang dia and dia menyeringai tengok kita. Tapi Arwah Nenek kata, jangan takut, sebab makhluk2 ni semua tak boleh apa apa kan kita. Saja aja nak menakut nakut kan, tapi sebenarnya bukan ramai yang boleh nampak.

Bila anjing anjing kat rumah Pak Siong (Cina yang tinggal kat luar kampong aku), menyalak, bulu roma aku start lah meremang. Tapi Arwah Nenek selalu cakap, jangan takut...hantu dah kena kejar dengan anjing. Tapi herannya, selama aku tinggal kat kampong tu, tiap hari ulang alik, pagi petang, siang malam, melintas pokok beringin tu, tak pernah pulak aku ternampak Hantu Galah ke, Pontianak ke. Agaknya, dan alhamdulillah, mungkin mata aku di pelihara supaya tak nampak benda2 ni.

Arwah Nenek selalu pesan, Jin dan Syaitan memang sah ada sebab dah tertulis dalam Al-Quran, tapi hantu hantu ni semua, sebenarnya roh orang orang mati yang masa hidup nya berilmu sesat. Jadi, Arwah Nenek pesan, kalau kita mati nanti and tak nak jadi hantu, buat lah amal ibadah, jadi roh kita aman dalam kubur.

Tapi, walau macam mana pun, aku selalu cakap, kalau orang aku tak takut, sebab aku boleh lawan, tak kisah lah, tumbuk ke, tendang ke... tapi hantu aku takut, sebab camner nak lawan eh... nak tumbuk takleh, sebab dia telus. (to be Cont'd lagi)

No comments:

Post a Comment